Dating di Kinta Riverfront , Tarikan di Bandaraya Ipoh.



Kinta Riverfront yang terletak di Bandaraya Ipoh merupakan tempat yang menarik untuk dilawat jika anda bertandang ke Ipoh. Semalam bertarikh 29 - Jun - 2013 sempat saya melawat Kinta Riverfront tersebut dan hari ni saya mengalami selsema.. maklumlah dah lama tak keluar malam.

Apa yang menarik di Kinta Riverfront ini?, Di sekitar kawasan ini anda boleh menenangkan fikiran sambil melihat keindahan lampu - lampu yang berwarna - warni menghiasi persisiran sungai, disamping itu juga jika anda berasa lapar dan dahaga Kinta Riverfront juga mempunyai medan makannya sendiri, jadi anda boleh pilih kedai yang mengikut selera.

Selain itu juga terdapat sebuah museum bijih timah yang mempamerkan kaedah - kaedah atau cara - cara pengeluaran bijih timah di sekitar kawasan lembah kinta, tronoh, temoh, Kampar dan beberapa tempat lagi, bagi yang suka membeli cendermata terdapat gerai atau kiosk yang boleh anda kunjungi untuk membeli - belah.

Jadi apa kata anda luangkan masa sekiranya melawat ke Ipoh, jangan lupa untuk mengunjungi Kinta Riverfront.. Enjoy uols.. nak makan ubat demam pulak rasanya... :'(

Maklumat terkini terus ke E-mel anda

1 Response to "Dating di Kinta Riverfront , Tarikan di Bandaraya Ipoh."

  1. kinta riverfront tak ramai orang la.peniaga-peniaga pun komplain.tu la pasal malas juga rasanya nak buka kedai.
    eh kamu tak nak buang ke vertification code untuk ruangan komen ni?rimas la..hee =)

    ReplyDelete

Tinggalkan sebarang komen dan cadangan.. :)