Bercuti Di Taiping, Percutian Yang Tidak Dirancang!

Bercuti di Taiping, bolehlah dikatakan bercuti walaupun sebenarnya ia kisah satu perjalanan permulaan di mana  perancangan asal hanya cuma ingin  menikmati sarapan pagi di Stadium Indera Mulia Ipoh. Sebenarnya teman dah lama teringin makan mee kicap, tapi masih belum berkesempatan sehinggalah pada minggu lepas. Tempoh yang diambil untuk makan mee kicap rasanya lebih 10 tahun, hahaha memang lama gila.. tak berkesempatan untuk pergi menikmati makan mee kicap.. tapi Alhamdulillah, semuanya dah teman dapat. Kalau tak silap, gerai no. 63 ada keow teow goreng, mee kicap, mee kari.. wahhh bestnye... 

Selepas habis bersarapan, sembang punya sembang, tiba - tiba datang ilham untuk pergi ke Taiping, tujuan utama ke Taiping adalah untuk melawat Zoo Taiping. Bolehla daripada tak buat apa kan? Selesai membuat bayaran, kami menuju ke lot parking kereta untuk pergi ke destinasi yang seterusnya iaitu Bandar Taiping, di mana sekarang Taiping merupakan bandar warisan.. Ayuh apa lagi kita tunggu, jom hidupkan enjin dan bergerak ke Taiping... Lets Jom...

Mee Kicap (p1000 camera)
Amacam? Nampak macam sedap tak? Hehehe.. Sorilah mutu kualiti gambar tak memuaskan, maklumlah menggunakan kamera galaxy tab p1000 je. Perjalanan kami terhenti seketika di hentian R & R rehat dan rawat di Sungai Perak untuk mengisi minyak petrol kereta kami. Setelah itu kami kembali memandu menuju ke destinasi. Sampai sahaja di Taiping sebelum melawat Zoo Taiping kami berhenti seketika Melihat keindahan Taman Tasik Taiping. Lama sungguh tak singgah sini, sama dengan tempoh tak makan mee kicap rasanya.. hahaha...

Suasana tenang dan segar di Taman Tasik menggamit memori lama, Pernah dulu sewaktu bertugas di Pulau Pinang aku singgah sebentar untuk berehat seketika di Taman Tasik. Dengan berbekalkan air Kickapoo dan sebungkus kacang cap tangan Mengelembu aku duduk disalah sebuah bangku ditaman tersebut, sebagai insan yang bergelar manusia, aku lupa bangku yang mana.. hehehe.. Sewaktu melayan perasaan disitu, tak disangka - sangka air kickapoo aku tu telah dicuri, tanpa melihat aku cuba mengambil air untuk minum setelah kering tekak semasa memakan kacang. Rupanya - rupanya ada monyet @ kera barangkali yang mencuri air aku tu, dengan selamba sahaja beliau membawa lari dan beredar jauh sikit daripada aku, lantas meneguk air tu sehingga habis.. nasib baiklah monyet kalau tak mesti dah kena rembat.. hahaha.. Itu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.

Kita lupakan kisah lalu, kerana kisah lalu yang mencorakkan kehidupan kita masa kini, kita adalah kita, dan masing masing mempunyai kelebihan masing - masing yang harus diteroka. Kita kembali dengan kisah masa kini, Aku dan dia berlegar berkejaran disekeliling taman, bagaikan sedang berlakon dalam filem hindi lagaknya.. (ini rekaan sahaja) sambil memuji kebesaran Illahi dengan ciptaannya yang cukup indah.

Walaupun percutian ini tidak dirancang, tapi jelas kegembiraan terbayang di wajah - wajah orang - orang yang aku sayang, asalkan mereka bahagia dan gembira itu sudah cukup bagi aku, Aku bersyukur kehadrat  Mu Illahi kerana Limpah kurnia nikmat dariMu.

Kami teruskan dengan agenda Utama Kami untuk melawat Zoo, adik yang petah bersuara berbual didalam kenderaan sebelum tiba di Taiping tadi, sembang punya sembang lalu diajukan soalan, "Abah, bila kita nak sampai Zoo Neraka",. Nasib baik bukan tengah minum, kalau tak mungkin boleh tersembur, lalu dijawap pantas oleh mama, seorang cikgu sains yang cemerlang.. " Adik, bukan Zoo Neraka, tapi Zoo Negara".. mama menjawap dengan ringkas dan padat.. seisi kereta ketawa, adik menjawap kembali "yelahh, adik tak tau".. Mama memujuk adik yang merajuk, "Tapi yang kita nak pergi ni bukan Zoo Negara, tetapi Zoo Taiping".. Adik mengangguk faham.. Untuk pengetahuan Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping kedudukannya hanya bersebelahan sahaja..

Tiket sudah dibeli, setelah membeli bekalan air, kami memulakan langkah kaki meneroka Zoo Taiping. Adik tak sabar nampaknya, aku pulak sebenarnya malas nak berjalan di zoo, luas.. kalau naik kereta yang terdapat dalam tu pun ok juga, tapi nanti sekejap sahaja dah habis, jadi lebih baik berjalan kaki.

Tapi agak malang juga nasib kami sebenarnya, Tak banyak haiwan yang dipamerkan di Zoo buat masa ini, Ini kerana terdapat pengubahsuaian yang dilakukan di beberapa kawasan untuk dinaiktarafkan, jadi beberapa keping gambar lagi akan menunjukkan beberapa jenis haiwan yang sempat di ambil, maklumlah, hanya berbekalkan lens 50mm je..  huhuhu..


Buaya ni sedang beristirehat, buaya yang sedang tidur kot.. hehehe.. Buaya juga lebih dikenali sebagai sang bedal, dia bedal je, tapi bagi aweks aweks kat luar sana kalau jumpa spesis buaya a.k.a buaya darat diminta berhati hati okay.. hehehe..


Ini gambar ketika orang tersayang saya bermain dengan burung unta, atau lebih dikenali sebagai burung kasawari, burung ini tidak boleh terbang tapi boleh berlari dengan pantas sehingga beberapa km/j.. hehehe.


Setelah habis kami meronda Zoo, perut pun terasa laparnya, satu pergerakkan secara menegak dilakukan untuk mencari lokasi tempat makan yang menarik di Taiping. Sewaktu ingin melangkah kaki keluar dari Zoo Negara aku didatangi oleh seorang lelaki, rupa - rupanya kawan baik yang kini bertugas di Kuala Sepetang.  Oleh kerana beliau pun tidak bekerja pada hari itu, (bertugas malam), beliau mempelawa kami sekeluarga untuk mencuba makanan yang tidak asing lagi di Kuala Sepetang, Taiping.. Anda semua boleh mengakkanyakan?. " Jom kita makan mee udang Mak Jah", pelawa sahabat tadi, aku pun tanpa berlengah, " jom apa tunggu lagi, peghut pon dah lapor ni chor" sambil bercakap menggunakan loghat perak..  Jadi kami tiba di Restoran Mee Udang Mak Jah.. Aroma mee udang membuatkan kami bertambah lapar, lagipun jam sudah menunjukkan hampir pukul. kami duduk di Meja dan membuat pesanan mee udang beserta air minuman.. Nyam nyam..

Sungguh sedap sekali mee udang Mak Jah kuala Sepetang, buat kali pertama aku singgah makan disini, emm rasanya memang lazat, aku telah habiskan mee udang ini dengan 2 Pinggan, memang berselera nampaknya, dengan kondisi badan yang sedikit letih dan kelaparan, mee udang mak jah ini dirasakan cukup membangkitkan selera.

Setelah selesai makan kami kemudiannya singgah di hutan bakau tidak jauh dari Restoran Mee Udang Mak Jah tadi.. Terdapat homestay didalam hutan bakau tersebut. Jom kita tengok gambar dulu..


Begitulah kisah seharian perjalanan kami ke Bandar Taiping, Bandar Warisan, Sungguh menyeronokkan.. walupun ianya tidak dirancang tapi ianya menyeronokkan.. Sampai di sini saja, Lain kali saya cerita lagi.. :)

Maklumat terkini terus ke E-mel anda

4 Responses to "Bercuti Di Taiping, Percutian Yang Tidak Dirancang!"

  1. Walaupun tak terancang, tapi dapat jugak bercuti kan...
    Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  2. lama sangat dah tak sampai Taiping ni, banyak memori kat sini.

    ReplyDelete
  3. @Joe

    betul tu, alhamdulillah.. walaupun letih tapi seronok.

    ReplyDelete
  4. @Denaihati From Taiping with Love gitu.. Hehehe. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan sebarang komen dan cadangan.. :)