Kuih Raya Tradisional Kegemaran

Kuih raya, ramai ke yang dah buat kuih raya?!. Maklumlah dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Syawal dan merayakan kemenangan sebulan kita berpuasa di bulan ramadan. Alhamdulillah puasa tahun ni nampak gayanya sama macam tahun - tahun yang lepas kecuali pada tahun 2008 terpaksa tidak berpuasa, keadaan tidak mengizinkan. Kenapa? Sebab terkena buatan orang.. hahaha. takdelah masa tu kena deman pelentung.. Huhuhu.. 

Okay kita lupakan kisah demam yang dah berlalu begitu lama. Kepada kawan - kawan yang singgah di cetorrone.blogsot.com, kunjungan anda akan kami balas. Kebelangkangan ini sibuknya menjadi - jadi.. lain macam.. nak dekat rayala katakan, sibuk dengan jemputan berbuka puasa. Kepada Mr Johari, Terima kasih kami ucapkan kerana berbuka di Herritage Hotel Ipoh. 

Mari kita lihat lima jenis kuih raya yang menjadi kegemaran mengikut citarasa diri sendiri.. pandangan ini adalah berbentuk peribadi dan tiada kena mengena dengan sesiapa di luar sana kecuali diri ini dan sekiranya terdapat persamaan mungkin ada jodoh antara kita.. hihihi. 


#5. Dodol. 
- Dodol berada dalam kedudukan ke 5 carta kuih tradisional kegemaran saya, walaupun sekarang jarang melihat dodol dimasak secara tradisional (pecah peluh mengacau) tetapi ianya tetap menjadi pujaan. Kandungan dodol yang terdiri daripada tepung pulut, santan, gula dan dimasak sehingga 8 jam sungguh menusuk kalbu rasanya. 

#4. Lemang
- Lemang juga adalah diantara yang menjadi kegemaran. Sesiapa yang tak makan lemang raya anda tak lengkap okay. hehehe. Cuba bayangkan pulut yang di isi didalam buluh dengan santan bersama balutan daun pisang yang terdapat di dalam buluh, kemudian ianya dibakar, perghh memang pecah kepala la... kata orang Perak, "cicah pulak dengan rendang, aje yang ye".. Tapi ada part yang paling saya gemari tentang lemang ni, saya suka makan yang hujung sekali bila lemang baru masak, lemak dihujung, pulut yang lembut, putih beseri memanggil menjemput hujung lemang tu masuk kemulut.. (ni pun tak sedar air liur menitis).. hehehe. 

#3. Semperit
- Tak banyak yang saya tahu tentang semperit ni, asal usulnya sememangnya misteri bagi saya, warna kuning berbentuk bunga dan ceri merah menjadi penyeri di atas semperit tu begitu menarik perhatian, teruja sungguh rasanya. Apabila kuih semperit itu menuju desitinasi, dan masuk keruang mulut, menyentuh lelangit kelembutannya begitu terasa, ianya mencair didalam mulut. oh sedapnya rasa. terharu... 

#2. Bahulu.
- Apa yang perlu dikatakan lagi tentang bahulu ini, sememangnya bahulu sudah terkenal dari zaman turun temurun. masih menjadi kenangan apabila Arwah Opah memasak bahulu menggunakan sabut, sabut diatas, sabut dibawah.. bila dah masak, aroma   bahulu tersebut membuat kita terasa lapar. Walaupun kini kaedah moden seperti masak di oven, bahulu masih sedap rasanya jika dibuat dengan betul dengan adunan tepung, gula, dan telur.. Makan bahulu dengan kopi.. itu terbaik ooo.. 

#1. Kuih Bangkit / Kuih bakor.
- Kuih bangkit atau koi bakor kate orang perak, menjadi pilihan pertama saya, kuih bangkit terdiri daripada beberapa jenis, kuih bangkit biasa (santan), kuih bangkit kelapa, kuih bangkit kacang hijau, semuanya menjadi kegemaran saya, lembut dan gebu kuih bangkit membangkitkan selera. Antara kesemua kuih bangkit ini, kuih bangkit kelapa menjadi pilihan utama.

Itu adalah beberapa jenis kuih tradisional yang menjadi pilihan saya untuk hari raya. Bila bercerita mengenai kuih raya, tak sabo rasenya nak makan semua. baru - baru ini saya berkesempatan makan kuih sagon ataupun putu jawa, mungki putu jawa ini bakal menjadi kegemaran ke - enam saya, anda bagaimana? apa kata kongsikan keriangan hari raya dengan mencadangkan kuih raya kegemaran anda di ruangan komen di sini... terima kasih.. :p

P/s: kalau berminat dengan kuih bangkit dan kuih tradisional yang lain apa kata jenguk sebentar di laman facebook Kuih Bangkit Mak Andak.. Memang sedap dan berbaloi baloi... nyam nyam..

p/s/s - bagi yang berpuasa jangan cuba test kuih raya di siang hari.. nanti kang terbatal pose... hahaha..




Maklumat terkini terus ke E-mel anda

8 Responses to "Kuih Raya Tradisional Kegemaran"

  1. wah, lezatnya ... #upssPuasa :D

    ReplyDelete
  2. Kuih bangkit is my favorite!

    ReplyDelete
  3. Lemang yabg paling tak boleh tidak, mesti nak cari...

    ReplyDelete
  4. hee xsbauu pulak nk raya..lemang memang terbek..takde lemang cam tak raya lah.. =)

    ReplyDelete
  5. Kuih siput paling akak suka..kalu kuih bakor ni makan dia nk kena ada air sirap..baru padan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih siput memang sedap.. :)

      Delete

Tinggalkan sebarang komen dan cadangan.. :)