Membeli Belah Secara Talian (online)

Membeli belah secara talian ataupun bahasa kampungnya beli diinternet adalah salah satu pengalaman baru bagi aku, sebelum ini tidak pernah terdetik di hati ini untuk membeli barangan secara online. Jadi bagaimana aku boleh terjebak dengan pembelian secara talian ini?. Mari aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku yang beberapa kali membeli - belah secara online. 

Semuanya gara - gara akaun paypal aku. Dalam akaun tu cuma ada RM20.00 dan $6.00USD. Akaun paypal ni memang dah lama aku ada, sejak zaman dulu - dulu lagi. Masa tu paypal memberikan $100.00 USD bagi wishlist yang diisi oleh kawan - kawan di Facebook. Apa yang aku dapat hanya $6.00 USD sebab hanya 6 orang sahaja yang mengisi wishlist tersebut. Hehehe.. Jadi untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini, secara asasnya aku nak membelanjakan duit yang ada dalam akaun paypal tersebut. jadi itulah detik permulaannya aku membeli secara talian.

Hot Shoe Cover protector Cap Bubble Spirit
Hot Shoe Cover protector Cap Bubble Spirit, benda ni aku beli sewaktu kali pertama aku gunakan akaun paypal. kegunaannya? aku pun tak tau.. hehehe yang aku tau aku nak cuba membelinya sahaja. sampai sekarang aku tak pakai benda ni, ada je dalam beg. Aku membeli hot shoe cover protector ni dengan harga $0.99 usd. kaedah penghantaran free shipping, penghantaran percuma. Masa ni aku beli sekadar dalam mode percubaan, ekspirimen, selang dua minggu barang pun sampai.. jauh tu. dari Hong Kong.. 

Selepas kejadian tersebut, aku cuba benda yang lebih besar nilainya, Nikon Strap warna kuning dengan harga $1.99 USD dan handstrap untuk kamera. Harga 2 benda ni setiap satunya mempunyai harga yang sama iaitu $1.99USD. Sekang 2 minggu lagi aku terima barang.. semuanya free shipping, kalau guna fedex, kos penghantaran lagi mahal daripada barang.. 

Bermula detik itu lah aku tak berhenti shopping di internet, ada saja yang aku beli, buku - buku, baju, seluar jeans berjenama original china dan banyak lagi. Baju raya pun beli secara online tau.. Alhamdulillah setakat hari ni belum pernah kena tipu lagi. 

Aku selalu membeli di Carigold.com sebabnya harga yang ditawarkan agak berpatutan, kadang - kadang ada yang murah, so bagi mereka yang ingin membeli secara talian mengikut pengalaman aku beberapa faktor perlu diambil kira antaranya berhati - hati memilih penjual, sekiranya ada testimoni mengenai barang dan penjual ambil kira faktor tersebut, cara pembayaran. Selalunya aku gunakan Paypal dan Maybank2u. Kalau membeli barang yang mahal, seeloknya lakukan pembayaran secara C.O.D. (Cash On Delivery) untuk mengelakkan anda ditipu.. itulah serba sedikit pengalaman aku membeli secara talian. yang seronoknya barang terus sampai ke rumah, yang tak best kalau ditipu.. so berhati - hati ketika bershopping secara talian.. 

P/s: orang kata kalau shopping online ni jangan dimulakan,kalau dah mula nanti ketagih... hehehe.. anda bagaimana? ceritakan pengalaman shopping online anda diruangan komen di bawah... Assalamualaikum..

Maklumat terkini terus ke E-mel anda

7 Responses to "Membeli Belah Secara Talian (online)"

  1. salam :)
    singgah lepas subuh..
    tak penah lagi membeli secara online.selalu tengok mak yang beli online ni

    ReplyDelete
  2. selalu gak beli online...barangan dari rakan fb...

    ReplyDelete
  3. Tiada duit nak shopping online, hehehe.

    ReplyDelete
  4. Baru2 ni baru jer shopping on9, mcm best, lepas ni nak try lagi lah...masa pun jimat, harga pun boleh tahan (kena pandai carik)

    ReplyDelete
  5. Tak biasa bli cara ni..hee..=D

    ReplyDelete
  6. @siti ZAHARA Kalau tak biasakan, kena biasakan tu... hehehe

    ReplyDelete
  7. mcm best je beli2 online nie.. hehee.. tapi mahal ke x tue yang curiga tue. . kena TAX kau2 jap g. . mmg melopong laaa

    ReplyDelete

Tinggalkan sebarang komen dan cadangan.. :)