Nikmat kali Pertama Makan Sate Kajang Hj. Samuri

Makan Sate, itu perkara biasa salah satu makanan kegemaran aku, boleh dikatakan hampir setiap bulan aku menikmati sate sebagai juadah makan malam aku. Kadang - kadang tanpa di minta, orang tersayang aku membelikan aku sate untuk makan malam bersama, secucuk,dua cucuk, tiga cucuk, empat cucuk, lima cucuk.. hehehe.. Bagi aku sate perlu dimakan bersama dengan nasi himpit, bawang dan timun, barulah ada umphh gitu..

Kebetulan baru - baru ini sebelum ramadan aku berkunjung ke Seri Kembangan, sekadar berjalan memenuhi permintaan orang tersayang. Resepi aku mudah sahaja, selagi tak membebankan selagi itulah aku cuba untuk memenuhi setiap permintaan orang tersayang aku. Hanya untuk kegembiraan mereka, lagipun aku bukanlah seorang yang pandai memujuk rayu gitu, untuk mengelakkan dari merajuk aku ikutkan segala.. :p.

Setibanya di perkarangan Restoran Sate Kajang Hj. Samuri di Kajang aku dapati kesukaran untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan, mungkin juga disebabkan agak sedikit lewat semua tempat parking telah dipenuhi,  maka aku mengambil keputusan memandu kenderaan mengelilingi kawasan padang majlis perbandaran Kajang yang bersebelahan dengan Restoran Sate Kajang Hj. Samuri. ( Kalau salah tolong betulkan ).  Setelah mendapatkan tempat meletak kenderaan kami bergerak ke restoran dengan kelajuan sederhana melalui kawasan padang. kalau tak silap malam tu terdapat perlawanan bola di padang tersebut.

Oleh kerana aku merupakan tetamu, segala urusan pembelian sate kajang hj samuri dilakukan oleh salah seorang sahabat dalam kumpulan kami. Kira orang belanjala senang ceritanya.. hehehe. Dalam 10 minit gitu sate yang telah di pesan pun sampai... Nyam nyam.. tak sabar rasanya nak menjamah sate ni, selama hari ini hanya mendengar cerita sahaja, maklumla aku duduk dalam gua.. Inilah kali pertama untuk aku rasa kehebatan sate kajang ni. Malam tu ada sate daging, sate perut, sate ayam, hajat aku nak merasa sate arnab tak kesampaian. Sate Arnab telah habis kata sahabat tadi.

Tanpa berlengah lagi, aku mengambil beberapa cucuk sate, sate daging dan sate ayam, tuangkan kuah kacang dalam mangkuk, sambal dimasukkan sekali kedalam kuah kacang, kemudian mengambil secucuk sate ayam, mencicahnya dengan kuah kacang tadi dan kemudian dengan perlahan - lahan aku suapkan kemulut sate ayam tadi, perghhhh.. sungguh sedap sekali rasanya, sekali rasa nak lagi.. setelah selesai secucuk sate ayam aku kembali semula dengan secucuk sate daging.. aku ulangi proses tadi, pergh rasanya menusuk kalbu, tak sia sia aku datang untuk menikmati sate kajang... memang marvelous dan delicious lah gitu..

korang jangan tanya pasal gambar, tak banyak gambar sate ni, cukuplah sekeping sebab masa tak ada untuk aku ambil gambar banyak - banyak, lagipun ini pertama kali aku makan sate kajang, so memang tak sempat la..  tuntutan perut didahulukan.. hahaha.. mula - mula sahabat tadi mengambil 40 cucuk sate, kemudian habis, aku ingatkan tak cukup jadi beliau order lagi 40 cucuk, huhuhu rupanya tak lalu aku, pengsan nak abihkan.. sudahnya bungkus bawa balik.. hahaha.. tapi bagi first timer macam aku, memang sedaplah Sate Kajang Hj Samuri ni, dari segi saiz dan kuah kacangnya memang boleh dikatakan sedap lah..

Setelah membuat pembayaran, kami melawati padang sekali lagi, rupanya banyak aktiviti yang dilakukan pada malam hari dipadang Kajang tersebut, aku yang baru pertama kali singgah disitu turut terasa teruja dengan aktiviti disana, ada yang berbasikal, bermain, berjogging dan macam - macam lagilah.. kebetulan masa aku lalu tu, ada pula yang sedang menari, kalau tak silap masa tu ada ketua perbandaran Kajang ( Kalau tak silap la) aku pun x kenal..  

Seronok pula aku tengok, rasa macam nak sertai mereka sekali, tapi perut pun kenyang, memang suasana tu nampak gembira je. Aku pun snapla sekeping gambar.. sebagai kenang - kenangan. Sambil tu layan lagu  suramgani (dengar tu je yang disebut) hehehe. lagu tema mereka untuk melakukan tarian gitu.. 

Tiba - tiba aku terdengar suara jeritan, sahabat itu melaungkan sesuatu kepada aku, "oit! tak nak balik ke?".. Lantas aku cakap nak dan berlari - lari anak mendapatkan mereka..  tapi malam tu memang puas hati la.. Penangan Sate Kajang Hj. Samuri.. memang best la...

Maklumat terkini terus ke E-mel anda

3 Responses to "Nikmat kali Pertama Makan Sate Kajang Hj. Samuri"

  1. pergh.. terus berbunyi perut nie lapa hahaha

    ReplyDelete
  2. lama dh xdpt mkn sate hj samuri ni..
    rindunye..
    dn tiba2 perut berbunyi sate2 ;)

    ReplyDelete
  3. Makan sate je mana kenyang, hehehe. Perut Tedi besar :)

    ReplyDelete

Tinggalkan sebarang komen dan cadangan.. :)