Potongan Bulan Julai 2013 Membeli Belah di Sogo

Tiba di Sogo  
Membeli - belah di Sogo?! Tawaran Istimewa, potongan hingga 70%.. Oh sungguh mengasyikkan begitu, tetapi tidak bagi aku yang sekadar menemani seseorang yang aku sayang untuk membeli belah di Pusat Membelibelah terkemuka yang terletak di tengah Kotaraya.

Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta hampir jam 12.00 tengahari, setelah berpusing mencari tempat meletak kenderaan akhirnya  kami telah berjaya. Kemudian berjalan kaki menuju ke destinasi, heaven katenya.. aku seperti biasa cuma mengikut sambil tersenyum.. untuk orang yang tersayang, apa salahnya menemani beliau untuk bershopping.. 

Masuk saja ke dalam Kompleks membeli belah Sogo tu, aku terpana dengan ramainya umat manusia didalamnya. Oh lupa nak bagi tau aku memang jarang pergi pusat membeli belah ni, aku lebih suka membeli secara talian sahaja, itu lebih mudah bagi aku, setakat hari ni aku membeli belah secara talian belum pernah lagi ditipu, harap - harap tak kena tipulah.. :).  Okay kita sambung balik, aku pun ikut je la.. dari setingkat ke setingkat, barang yang hendak dibeli tidak kelihatan juga, agaknya susah sangat untuk beliau memilih, maklumlah nampak macam tengah pening, sana sini murah, pening tak tau nak pilih mana, semakin lama semakin ramai orang, aku memang tak tahan dengan situasi begini, beliau masih juga tidak mengambil apa - apa barangan lagi.. Makin lama aku pula makin pening.. dah lama berjalan dan berpusing tetapi satu barangan atau pakaian tidak dapat beliau pilih lagi, agaknya memang orang perempuan susah untuk memilih kot?!, Tambahan lagi dengan situasi sale sana sini.. hehehe..

Oleh kerana aku dah mula bosan, kaki pun dah mula sengal - sengal dan sakit, aku memberi alasan sakit perut, "sayang!, abang sakit perut, abang nak ke tandas dulu ye, izinkan abang".. (ayat izinkan abang tu tambah bagi sedap) Aku pun menuju ke tandas yang terletak di dalam pusat membeli belah sogo tu, pergh.. tapi memang agak ramai, kat luar ramai, kat dalam toilet pun ramai.. aku pun basuh muka je dalam tandas tu, kemudian keluar dari toilet yang menyesakkan dengan aroma tersendiri.. Beberapa tapak melangkah tiba - tiba aku terfikir, emm lebih baik aku menghantar pesanan ringkas, "sayang, toilet ramai orang, kena baratur, kalau ada apa - apa hal, sms, whatsapp atau wechat abang ye"... aku menghantar pesanan ringkas, (memang ringkas je aku tulis) aku pun tersenyum manje... ada can ni.. bisik hati kecil aku.. 

Dengan jalan yang menjinjit kaki, secara perlahan - lahan aku menyusup keluar dari kompleks membeli belah sogo tu, akhirnya aku berjaya melihat pintu keluar, dengan berhati - hati aku keluar dari situ, yeee berjaya.. berjaya keluar dan lari dari orang ramai yang terdapat dalam kompleks membeli belah kesan dari penawaran  potongan harga... Aku menarik nafas lega, aku sedut nafas dalam dalam.. emmmm terlalu lapang dada ini, lantas aku mengeluarkan sebatang rokok, seharian aku tak merokok, maklumlah didepan orang tersayang sememangnya aku tak merokok.. bau?! emm asalkan tidak merokok didepan mereka cukuplah.. aku menyalakan sebatang rokok, lalu menghembus asap kekiri dan kekanan, tanpa rasa bersalah.. nikmatnye membuatkan aku terawang - awang, walaupun menyedari kesan bahaya daripada rokok, aku tetap menghisapnya, bilakan mampu diri ini untuk berhenti agaknya.. Sedang aku asyik melayan asap yang berkepul - kepul di luar Kompleks membeli belah sogo tu pandangan aku tersekesima melihat sesuatu... 

Aku pun layan, melayan brother ni yang sedang melukis gambar seorang remaja, asyik lagi dari ikut shopping, aku melihat , sungguh pantas pelukis ini melakarkan potrait di sekeping kertas berwarna putih, dengan bakat macam - macam kita boleh lakukan.. aku menoleh ke kiri dan kanan, menyedut dan menghembus asap rokok, menambah kesan indeks pencemaran udara Kuala Lumpur, Sungguh bertuah kepada mereka yang berbakat, kerana rezeki Allah itu ada dimana - mana, dengan usaha Insya Allah ada rezeki nikmat dari tuhan yang Esa. Sedang aku mengelamun sambil melihat pelukis jalanan sedang berkarya, aku mengambil langkah berjaga - jaga, supaya orang yang aku sayang tidak muncul tiba - tiba keluar dari shopping complex sewaktu aku sedang asyik bermain asap. Tapi sudah aku katakan, kalau ada apa - apa cuma perlu hantar pesanan ringkas kepada aku, dan aku akan datang kepadanya sepantas kilat.

Bila kaki sudah lenguh aku mengambil keputusan besar dari berdiri ke duduk, aku memilih anak tangga yang agak bersih, lantas aku melabuhkan punggungku di situ, suasana riuh rendah tidak langsung menarik perhatian aku, aku hanya memerhatikan gelagat orang yang berada disekeliling, bermacam gaya, bermacam ragam, itulah manusia bisik hati nurani aku.. mungkin dalam aku memerhati, ada juga pemerhati yang sedang memerhati aku, kerana kita lebih suka memerhati sambil menafsir apa yang ingin kita ketahui.. 

Entah bagaimana, lamunan ku terhenti (macam lagu pula), aku melihat seseorang membawa sebuah kotak, dari permerhatian amatur dapat aku mengagak yang dibawanya adalah sebuah speaker box, apakah tujuan beliau kemari? adakah ingin sama memeriah acara membeli belah ini? aku perhatikan... emmmm hampir 15 minit beliau menyiapsiagakan dirinya, dengan bandana berwarna coklat aku lihat beliau mengikat kepalanya... " ahhh, apa halnya ni, kalau kau rapat kau dapat " aku berbisik dengan aweks cun yang kebetulan duduk disebelah aku sambil menghulurkan alamat facebook aku kepadanya. "nanti jangan lupa add saya ye di FB, saya tunggu tau sambil tersenyum, berkawan apa salahnya kan?.. ". Aku melihat bro yang mengikat kepalanya mengeluarkan sesuatu daripada bekas dibelakangnya, apa yang harus aku lakukan..aku takut terjadi apa - apa.. lantas dengan selamba dia mengeluarkan senjatanya dan meniupnya dengan alunan - alunan yang sering aku dengar.. aku kembali tenang.. kerana aku tahu tiada niat gangguan disitu... 

Rupanya - rupanya beliau bermain seruling, keadaan yang riuh rendah tadi kembali tenang, sesiapa yang berada di luar Sogo, kini menghayati alunan indah tiupan seruling, emm seruling ke serunai? lebih kuranglah ye.. hehehe.. sungguh indah rasanya, tambahan pula pemuzik jalanan ini memainkan lagu Ombak Rindu, Orang Ramai bersorak keriangan.. Setelah keletihan membeli belah kini tersaji hiburan di depan mata.. aku tersenyum ... Layan.., hari itu aku rasakan cukup indah sekali. kemudian aku menerima SMS, katanya dia sudah pun mebayar untuk barang yang dibelinya dan dia nak turun, aku membalasnya, Abang ada kat bawah dekat luar,.. sambil menunggu beliau turun aku bangun dari duduk dan berjalan menuju pintu masuk menuggu orang yang tersayang.. Tapi aku percaya, walaupun lama beliau didalam, barang yang dibeli mesti tak banyak... kelihatan sayup - sayup dari jauh beliau berjalan, dan aku melambai tangan ke arahnya sambil menghadiahkan senyuman paling manis... :)


Maklumat terkini terus ke E-mel anda

5 Responses to "Potongan Bulan Julai 2013 Membeli Belah di Sogo"

  1. hello my friend. good morning.hugs of Brazil

    att,

    http://novajerusalemdecristo.blogspot.com.br/

    ReplyDelete
  2. nice. boleh buat cerpen da ni :)

    ReplyDelete
  3. @Ρυαи Gојεѕ terima sebab sudi tinggalkan komen.. terbaik

    ReplyDelete
  4. tak habis lagi baca coretan..nanti datang lagi habiskan bacaan..

    ReplyDelete

Tinggalkan sebarang komen dan cadangan.. :)