Aplikasi Wechat, Whatsapp dan Line mana satu pilihan anda.

Semalam, seorang kenalan telah menelefon saya, "awak, macamana ye?, saya tak boleh guna applikasi Wechat saya, bila log in, nombor telefon tiada dalam simpanan Wechat". Macam tu la lebih kurang beliau nyatakan masalah beliau kepada saya. (kalau sesiapa yang pernah alami masalah yang sama, tapi ayat yang berbeza minta maaf banyak - banyak ye).. tu lebih kurang je ayatnya.. Okay.. sebagai seorang lelaki yang budiman, saya menunjukkan sedikit panduan bagaimana untuk menyelesaikan masalah beliau sehingga beliau boleh menggunakan semula aplikasi sosial Wechat tersebut. 


Saya menggunakan telefon berjenama popular masa kini iaitu samseng, hahaha.. silap Samsung Galaxy tap P1000, kiranya antara Galaxy Tab terawal yang dikeluarkan oleh Samsung. Galaxy Tab P1000 ini telah dihadiahkan oleh orang tersayang kepada saya, kira - kira 2 tahun yang lepas (Rasanya la lupa pula). Masa tu bila pakai Galaxy tab ni rasa sangat kool macam ais, tetapi setahun selepas tu saya kena pula menghadiahkan beliau dengan iPhone.. redha je lah demi yang tersayang. Macam - macam yang saya buat dengan Galaxy Tab tersebut, kalau tak root tak sah la kan..seawal bulan pertama saya root sebab nak main game Street Fighter IV, kemudia saya upgrade kepada JellyBean 4.1.2 selepas tu saya tukar balik kepada Gingerbread 2.3.6. hahaha.. Sekarang rasa macam nak tukar telefon lain pula rasanya, ingat nak beli telefon berjenama Nokia.. dah boring main dengan android.. :p. 

Dalam P1000 saya ni terdapat pelbagai aplikasi yang menarik, seperti facebook, tweeter, Whatsapp, Wechat, instagram, tapatalk untuk melayari forum, dan permainan pula terdapat King Of Fighter 2012, Subway surf dengan unlimited money, Candy Crush Saga dengan 9999 life 150 Moves. Itu antara aplikasi yang terdapat dalam tab saya. 

Apa yang menariknya selain Facebook, medium sosial yang selalu saya gunakan adalah Whatsapp dan juga Wechat, dua - dua ni memang mengasyikkan jika kita menggunakannya untuk berbual secara individu dengan individu yang lain ataupun berbual secara berkumpulan.

Whatsapp yang saya gunakan adalah Whatsapp+ dimana kita boleh menyembunyikan status online kita di whatsapp. Selain itu juga dengan Whatsapp+ ini saya boleh menukar theme dengan sesuka hati saya. Menarik bukan. Selain itu Wechat berkelebihan dalam menghantar file atau gambar, file dalam bentuk pdf juga boleh dihantar dengan menggunakan wechat, jadi bagi pelajar pjj macam saya ni, memang wechat ni sesuai sangat selain kepantasan mesej yang diterima. 

Bagaimana dengan LINE?. tentang ini memang saya perlu minta maaf, sebab saya tak pernah menggunakan aplikasi ini, bagi saya wechat dan Whatsapp+ sudah mencukupi. Dua aplikasi ini sudah cukup bagi saya untuk berhubung dengan rakan - rakan dan sanak saudara, tambahan pula menjelang hari raya yang bakal menjelma. 

Dua Aplikasi Wechat dan Whatsapp+ telah menjadi pilihan saya, anda semua bagaimana? apa kata anda kongsikan applikasi kegemaran di telefon pintar anda.. Anda mesti pilih... hihihi... Assalamualaikum... 

Maklumat terkini terus ke E-mel anda

0 Response to "Aplikasi Wechat, Whatsapp dan Line mana satu pilihan anda."

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen dan cadangan.. :)