Buluh Lemang Untuk Dijual

Buluh lemang untuk dijual?! Masih dalam mood hari raya walaupun dah di pertengahan Syawal, bagi yang berpuasa enam, selamat berpuasa kami ucapkan. Entri kali ini sekadar berkongsi pengalaman saya menjelang lebaran tempoh hari, walaupun sibuk tetapi kesempatan beraya di kampung memang menyeronokkan. 

Sudah tentulah apabila berada di kampung macam - macam perancangan dibuat, ada yang bercadang membuat dodol, salah satu makanan kegemaran menjelang hari raya, bagi kami membuat dodol tidak menjadi masalah, ini kerana mak telah mempunyai mesin pengacau dodol yang menggunakan kuasa motor dan dapur gas, tidak perlukan kayu untuk menjadi bahan bakar utama dalam membuat dodol.


Tahun ni kami sekeluarga ingin membuat lemang sendiri, kiranya taknak beli lagi, kalau beli harga sekarang boleh dikatakan rm10.00 sebatang, oleh kerana untuk memeriahkan suasana raya, jadi keputusan membakar lemang telah dipersetujui sebulat suara. Langkah pertama adalah mencari buluh lemang, rupanya agak siksa mencari buluh lemang di kampun ni, walaupun orang tua saya mempunyai kebun buah - buahan seperti durian, namun buluh lemang memang dah takde, ditelan kerakusan sungai yang merebakkan tanah. Selepas ke kebun abah, saya dan abang pergi pula ke dusun opah, emmm tak ada juga buluh lemang, kira nasib tak berapa baik.. tapi takpa, semangat punya pasal kami menghubungi kawan yang ada di kampung, sahabat ini tadi memang membuat kerja - kerja kampung jadi lebih arif mengenai buluh lemang yang terdapat dikawasan sekitar. 

Tak lama kemudian, sahabat ini menghubungi kami, jadi memang terdapat buluh lemang tapi kena beli, "emm tak kisahlah walau kena beli sekalipun"... sembang aku dengan abang, harga yang diberitahu oleh sahabat tadi adalah dalam lingkungan rm 1.10, rm 1.00 dan rm0.90 mengikut saiz buluh lemang yang hendak di jual. Oleh sebab memang buluh lemang ini keperluan wajib jadi nak tak nak kenala beli juga buluh lemang tersebut. 

Segalanya berjalan dengan lancar selepas itu, tahun ni kami beraya dengan masak lemang sendiri, oh terharu sungguh.. sedap tak terkata lemang saya.. hehehe..

Maklumat terkini terus ke E-mel anda

5 Responses to "Buluh Lemang Untuk Dijual"

  1. Buat sendiri lagi banyak save nya...kalau 10 batang buluh baru sepuluh ringgit kalau beli yang dah siap mau jugak dekat seratus...apa2 pun buat sendiri lagi banyak nikmatnya..boleh ambil pengalaman...best..

    ReplyDelete
  2. Salam bro,
    Kawan bro tu sudi tak bekalkan sikit buluh lemang utk saya gunakan dalam pengajaran di sekolah? Saya di Johor Bahru. Kalau perlu guna poslaju pun tak mengapa sbb sikit je dlm 20 batang. Minta tolong ye bro. Anak-anak murid saya dikehendaki belajar buat lemang. Kalau sudi, hubungi saya di 0127927596

    ReplyDelete
  3. saya peniaga lemang, sy memerlukan buluh lemang jika kena dengan harga sila call 0175030831

    ReplyDelete
  4. saya peniaga lemang, sy memerlukan buluh lemang jika kena dengan harga sila call 0175030831

    ReplyDelete
  5. Saya boleh bekalkan pelbagai jenis buluh. Wassap/call 0123794953

    ReplyDelete

Tinggalkan sebarang komen dan cadangan.. :)