Makan di Koppe Me Ipoh

Minggu Lepas kami sekeluarga telah ke Ipoh atas urusan perniagaan, oleh kerana kesuntukan masa, kami ingin menikmati juadah yang enak - enak di sekitar Ipoh, kebetulan kami berada di Greentown Mall Ipoh. 



Atas bantuan seorang rakan, dia mengesyorkan kami untuk makan - makan di Koppe Me, sebuah kafe hipster yang berada di Greentown Square di Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Ipoh, Perak. Bagi untuk memudahkan anda yang ingin kesana, ianya berdekatan dengan Hospital Ridzuan dan Restoran Warisan simpang tiga kalau tak silap. 

Oleh kerana kami tidak biasa dengan kawasan sekitar, dua kali juga kami berpusing, kali kedua baru perasan, lokasinya agak kedalam sedikit. 

Anak - anak makan Deep fried chicken chop, saya pula makan Laksa Tomyam big bowl (kalau tak silap) lupa pula nak ambil gambar menu, maklumlah perut tengah lapar, lagipun dah nak malam. 

Apa yang saya boleh katakan laksa tomyamnya menarik sangat, tak sedar habis. Anak - anak pun suka sebabnya suasana di dalam kafe Koppe Me ini santai, tambah si Melati anak yang berusia 2 tahun 8 bulan, seronok je beliau didalam. 

Banyak lagi tempat makan nak cuba dekat Ipoh ni. Kawan - kawan pun banyak memberi cadangan. Pelan - pelan lepas ni cadangnya nak ke Melaka. 

Minta maaf la tak banyak gambar.. perut lapar sangat tau.. :P

Maklumat terkini terus ke E-mel anda

0 Response to "Makan di Koppe Me Ipoh"

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen dan cadangan.. :)