Syarat Kelayakan BR1M 2017

Syarat kelayakan BR1M 2017. Mesti ramai yang dah memohon untuk mendapatkan BR1M pada tahun 2016 tempoh hari kan?. Admin pun sama, masuk tahun 2016 dah 2 kali admin mohon BR1M, mencuba nasib, tapi nampak gayanya permohonan untuk admin telah gagal. 

Tapi takpe, tahun ni pun admin mohon lagi, mana tahu ada rezeki admin pula tahun ni kan.. Bolehla buat makan setahun. hehehe. Okay Jom kita tengok Syarat Kelayakan BR1M 2017. 



Untuk pengetahuan semua, pendaftaran untuk permohonan baru dan kemaskini BR1M telah dibuka bermula 5 hingga 31 Disember 2016. 

Tarikh pembayaran pertama adalah pada pertengahan Februari 2017. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kelayakan sebelum membuat permohonan bagi mengelakan permohonan gagal atau ditolak.

Syarat Kelayakan BR1M 2017 ini di lihat dari laman sesawang rasmi e-BR1M

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.
  6. Kemukakan Salinan:
  • MyKad bagi pemohon
  • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. 

Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

Semoga Berjaya Dalam Permohonan BR1M 2017 Anda. 

Maklumat terkini terus ke E-mel anda

0 Response to "Syarat Kelayakan BR1M 2017"

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen dan cadangan.. :)