Cara Nak Buat Slime

Cara nak buat Slime. Okay slime adalah satu benda yang berlendir dan boleh di buat sendiri. Secara ringkasnya slime adalah cairan likat dan melekit dan sekali pandang ianya seperti lendir. Biasanya slime digunakan dalam majlis untuk anak - anak seperti majlis harijadi dan sebagainya.



Walaupun slime ini nampak menjijikan tetapi ianya menjadi kegemaran anak - anak untuk bermain. Tambahan apabila slime tersebut mengenai mereka. Maka keceriaan akan terus terpancar dari wajah mereka. Anda boleh membuat slime bila-bila masa sahaja  untuk buah hatimu. Tentunya akan murah dan juga selamat, kerana tidak mengandungi bahan berbahaya.

Cara membuat Slime menggunakan tepung ubi
Tepung ubi adalah tepung yang terbuat daripada ubi. Selain mudah didapati dan harganya yang murah, bahan asas slime yang akan kita buat ini juga tidak mermabahaya.

Bahan - bahan asas untuk membuat Slime ini:-

  1. Air Bersih 400 ml
  2. 2 Gelas Tepung Ubi
  3. Minyak masak/sayur setengah gelas
  4. Pewarna makanan 2-3 sudu tea. 

Langkah - langkah Membuat Slime
  1. Siapkan bekas berukuran sederhana besarnya. Bersihkan dengan air lalu keringkan.
  2. Masukkan tepung ubi ke dalam bekas semuanya. Ratakan supaya mudah dibancuh
  3. Tuangkan air bersih secara perlahan-lahan sambil terus dikacau agar adunan tidak menggumpal.
  4. Selepas itu Masukkan minyak masak/sayur kedalam adunan tadi. kacau sehingga rata dan cek kekentalannya. 
  5. Jika kurang cair boleh ditambahkan air dan sedikit minyak lagi.
  6. Terakhir, masukkan pewarna makanan ke dalam adunan slime. Aduk sampai rata.
  7. Masukkan slime ke dalam plastik dan ikat dengan kuat.

Maklumat terkini terus ke E-mel anda

0 Response to "Cara Nak Buat Slime"

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen dan cadangan.. :)