Tempat Menarik Untuk di Lawati di Perak Visit Perak 2017

Sempena tahun melawat Perak ini kami ingin menceritakan mengenai tempat - tempat menarik untuk di lawati. Sebelum ini kami telah bercerita ketika lawatan kami di Taiping, kali ini kami ingin menarik perhatian anda ke Teluk Intan. 

Secara Umumnya ramai orang telah mengetahui kehebatan Teluk Intan yang terkenal dengan Menara Condongnya. sekiranya ke Teluk Intan sememang tidak Sah seandainya tidak ke Menara Condong yang betul - betul terletak di tengah bandar Teluk Intan. 

Selain itu juga Teluk Intan terkenal dengan tempat makan yang berkonsepkan nasi kandar. Antaranya yang cukup dikenali di Teluk Intan adalah Restoran Ghulam Rasul, Restoran Krishnan dan Restoran Nasi Kandar Sultana yang Terkenal dengan nama Nasi Lambai. 

Di samping itu juga Teluk Intan cukup dikenali dengan Mee Rebus Mastan Ghani yang sangat Popular. Restoran Mee Rebus Mastan Ghani yang popular ini terletak betul - betul di Hadapan Pasaraya The store Teluk Intan. Bagi yang ingin merasai kelainan pula, boleh menikmati hidangan Mee Jawa yang terletak di tempat makan Padang Speedy. Mee Jawanya sangat sedap tetapi dibuka pada waktu petang sahaja, bersebelahan dengan Mee Jawa ini terdapat Lempeng yang dibalut dengan daun Pisang. Menarik Bukan. 

Setelah puas menikmati makanan anda boleh menikmati keindahan sungai kerana terdapat sebuah taman disana. Bagi warga tempatan yang ingin melakukan aktiviti riadah, berjogging boleh berbuat demikian di Padang Speedy, anda juga boleh menyewa Roller Blade atau kereta - kereta mainan bermotor untuk hiburan anak - anak kecil anda. 

Usai melawat Bandar Teluk Intan, kini tiba masanya untuk anda membeli cenderahati sebagai buah tangan untuk di bawa pulang . Apa yang boleh kami cadangkan sesuatu yang istimewa untuk anda. Kuih Bangkit Warisan Mak Andak, adalah Kuih Bangkit yang paling Popular di Teluk Intan dan kawasan sekitarnya. Terletak diantara 15KM dari bandar Teluk Intan. Kuih Bangkit Warisan Mak Andak menjadikan perjalanan anda ke Negeri Perak lengkap. Untuk ke Lokasi Warisan Mak Andak, anda boleh google 'Warisan Mak Andak' kemudian akan keluar di google Maps atau boleh ke alamat tersebut:-

Warisan Mak Andak
252, Simpang 3,
Kunci Air 12,
Langkap. Perak

Apa yang menariknya, Warisan Mak Andak menawarkan Kuih - kuih tradisional, yang paling mendapat tempat dan terkenal adalah Kuih Bangkit Kelapa dan Kuih Bangkit Santan. Selain itu juga terdapat juga kuih bangkit kacang hijau, putu kacang, putu jawa, bahulu dan kuih sepit.  

Berikut adalah gambar - gambar di Warisan Mak Andak. 














Jangan lupa untuk kunjungi tempat - tempat yang dinyatakan di atas. Semoga perjalanan anda semuah dirahmati ...

Maklumat terkini terus ke E-mel anda

0 Response to "Tempat Menarik Untuk di Lawati di Perak Visit Perak 2017"

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen dan cadangan.. :)